Blogger Widgets

Thursday, August 18, 2011

.:: Ber'dating' Di Rumah Allah ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful


(:
jam 6.19 malam tadi tiba-tiba handphoneku berbunyi tanda ada mesej yang masuk.
,nak tarawih sama mlm ney?
wow,ada orang ajak dating!
hatiku berbunga-bunga.
dah lama mata aku dan dia tidak saling bertemu.
memang tidak aku nafikan, aku sungguh merindui wajah itu.
mesej kubalas tanda setuju.
satu lagi mesej masuk.
dia mahu menjemputku jam 8.30 malam nanti.
bibirku mengukir senyuman.
gentleman sungguh kesayangan aku yang seorang ini.

selesai berbuka puasa aku menunaikan solat maghrib.
aku melirik ke arah jam di dinding.
baru jam 8.15 malam, masih ada waktu lagi.
aku turun ke ruang tamu menunggu kehadiran dia.
dtg dgn spe?
satu mesej kukirim kepadanya.
,seorg diri. katanya.
wah, romantiknya.

ting tong.
loceng rumah berbunyi tanda dia sudah tiba.
segera aku keluar mendapatkannya.
dari jauh aku melihat wajah itu, bibir ini bertalu-talu mengukir senyuman.
'lamanye tak jumpe..'
aku salam dia.
aku peluk dia.
aku cium pipinya.

sampai di masjid, aku dan dia mula membuka cerita.
mengimbau kembali sejarah lama.
nak duduk depan skali ke mcm dulu?
dia hanya tersengih dengan gurauan aku.aku pasti dia pun memikirkan perkara yang sama.
rutin di sekolah yang aku rindu.
solat sunat qobliah & ba'diah yang sudah sekian lama tidak kuperbuat.
solat berjemaah bersama orang yang aku kasihi.
ya Allah, manis sungguh malam ramadhan hari ini.
selesai solat isyak,
aku salam dia.
aku peluk dia.
aku cium pipinya.
lagi.

kemudian bilal melaungkan bacaan tanda solat tarawikh akan bermula.
ehe, jom kte tengok siapa yang bangun dulu.
aku menjelingnya sekilas sambil tersenyum nakal.
semua jemaah sudah berdiri tanda bersedia melaksanakan solat yang hanya ada dalam bulan istimewa ini.
nak share sejadah ke?
dia senyum lagi.
takpe, tak payah lah.
aku senyum sendiri, dulu sejadah yang sekecil ini pun boleh dibuat kongsi.

tarawikh 8 rakaat beserta ceramah ringkas tentang nuzul Quran di tengah-tengah.
sungguh berbeza halwa telinga aku yang sekarang berbanding 5 tahun dahulu.
rindunya kuliah ilmu Ustaz Zahidan.

selesai solat dia menghantarku pulang.
sesungguhnya banyak lagi perkara yang ingin aku ceritakan.
waktu yang sesingkat itu.
kepala ini mahu lagi bersandar di bahunya.
nanti sabtu ni lepas kerja aku mesej kau.
okey, jawabku ringkas.
sebelum kaki ini melangkah keluar,
aku salam dia,
aku peluk dia,
aku cium pipinya.
sekali lagi.

ketika dia beransur pergi,
aku tahu aku akan merindui dia lagi.
bintang di syurgaku,
shazatul shifaa zulaikha.



3 comments:

  1. wahhh saya pun rindu zaman dulu.raya ni harap dapat jumpa AIN dan CHIPA juge :)

    ReplyDelete
  2. syue : ehe,insyaAllah..one day. (:
    pa : i'm good at it kn? hee~

    ReplyDelete