Blogger Widgets
Showing posts with label miss u. Show all posts
Showing posts with label miss u. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

.:: 4 Months' Explosion ::.

with the name of Allah Most Compassionate Most Merciful

Ohh. sudah terlalu tersangat lama blog ini tidak disentuh oleh empunya diri. haha, bersawang! okey, disebabkan terlalu lama tidak melampiaskan rasa dan kata hati, maka berjela-jela atau berpost-post lah blog ~My Life Is Awesome^^ pada ketika ini. muahahahaha.. (okey, ketawa raksasa).

okey, first thing first.
Mama, Papa's Birthdays!
ye saye, pada tanggal 7 Nov dan 15 Nov respectively merupakan birthday mama & ayah ku. yay! walaupun anakmu ini jauh di perantauan dipisahkan oleh Selat Melaka, tarikh2 keramat ini takkan mudah dilupakan. muahahahaha (gelak raksasa lagi). tapi, apakan daya, nak pos hadiah pakai fed-ex tak cukup bajet pulak la kan, so untuk masa dan ketika itu aku hanya mampu menghubungi mereka dari jarak jauh di samping mendoakan yang terbaik untuk kedua-dua mereka hendaknya. ehem. (anak soleh tak? anak soleh tak?) haha. tapi itu tak bermakna hadiah untuk mereka diletak kebelakang. ya, sebelum berangkatnya kepulangan beta ke Tanah Melayu pada tanggal 23 Disember, beta & pasangan beta (ehem) telah bersoping dengan sukarianya bagi memenuhi kejutan buat bonda dan ayahanda tersayang. mama aku kasi handbag mengikut citarasanya & ayah aku bagi perfume mengikut citarasaku sendiri. muahahah. oh, tidak lupa juga kepada adik lelaki tersayang yang tiap kali balik mesti demand tshirt dengan aku punya, so aku pun beli la. ye, aku memang kakak yang sangat menyayangi adik-adiknya. :P 

the most excited part.
Breaking Dawn part 2.
ye aku tau movie ni dah tak up to date. dah tak wow gitu. hehe, tapi still wow di hatiku. hurm, maybe sebab telinga ni tengah mendengar soundtrack Breaking Dawn Part 2 yang best-best! (: memang tak mengecewakan  aku. Bill Condon ni memang bijak la aku kasi sebab walaupun aku dah baca novel cite ni aku tetap tertipu part semua vampire-vampire handsome ni mati. muahahah. sumpah terkedu bila satu-satu watak penting ni kena bunuh sampai andi yang dalam keadaan shock tanya2 aku apa jadi pun aku dah tak dengar apa. frozen kat kerusi tu. brilliant aku kasi. brilliant. haha, and bila si Aro tu mati kena putus kepala semua orang dalam panggung tu tepuk tangan puas hati kot! huh, lagi menghangatkan suasana! si kecik Dakota Fanning mati pun puas hati kot. hehe. and detik-detik tertipu, rupa-rupanya itu hanyalah future view Alice semata-mata. everyone including me groaning kot. hahahaha. best, sangat best. and my favorite part, the last part. the meadow part. terharunya.......... T_T terharu melihat how beautiful love is. weh, aku mana la penah nak nangis soksek soksek tengok love story kot. lain la cite Hachiko. perfect. dengan background A Thousand Years versi baru tu lagi. the moment when Bella turn off her barrier and let Edward read her mind. wow. that moment. the only way you can tell someone how much you love them is letting them feel it inside your mind, your heart. i wish.... that moment got carry me away. and menitik-nitik la airmata itu. muahahah. and masa tu aku dah rasa rindu nak tengok cite tu lagi. jadi, tanpa segan-silu, kua je dari panggung aku terus beli tiket baru untuk tayangan berikutnya bersama andi. *puas hati walaupun ada orang still destroy perasaan indah aku malam tu*


Most Absurd part.
Eyesore.
haih, manusia-manusia itu. sangat suka menindas. mulia mungkin. sampai umpat keji itu dianggap tidak salah. aku bersabar lama. tapi sabar ada tahapnya. salah aku? membela orang yang aku care? huh. mereka juga akan buat benda yang sama, kan? konon, berlagak maintain. lainlah kalau orang yang mereka kata sayang itu sebenarnya tak disayangi pun. dark secrets. bukan meletakkan diri aku di suatu zon selesa. bukan! just wanna state that, "korang dok kutuk2 orang macam diri tu bagus sangat padahal diri tu ada jugak celanya, kan?" jadi tak payah nak angkat diri tu lebih hebat berbanding orang lain sangatlah. berpura-pura lagi. topeng. bertopeng-topeng. minta dijauhkan aku dari mereka yang bertopeng-topeng ini, Tuhan. sungguh! berdepan seakan suci, belakang macam duri. pergi jauh dari aku. eyesore.

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٌ۬ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُمۡ وَلَا نِسَآءٌ۬ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُنَّ‌ۖ 

Ertinya:
"Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu menghina(mencaci)suatu kaum yang  dihina itu lebih baik dari kaum yang menghina."
(Al-Hujurat:11

Firman Allah s.w.t:
وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَـٰبِ‌ۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَـٰنِ‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ (١١)

Ertinya:
"Dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk.Seburuk buruk panggilan ialah yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat,maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(Al-Hujurat:11)

*so friends, let us stop hurting each other. calling names in twitter or whatsoever. together we stop saying this and those when we're never sure what's the truth is. we are all muslims. aren't we?

Success.
Karya Tulis Ilmiah
alhamdulillah. berkat usaha yang tak seberapa ni akhirnya berjaya jugak aku lulus dengan cemerlang. syukur. tugasan ini membuatkan life cycle jadi tunggang langgang. dengan ujian yang tak jemu berkunjung tiba lagi. A. itu yang aku harapkan.semuga karya ini memberikan manfaat dan inspirasi kepada agama, bangsa & negara, insyaAllah.


my obsession.
gerber daisy
look how gorgeous she is, right? bila aku dapat bunga ni dalam tangan serious rasa macam mimpi. sampai aku dah berangan dah, rumah aku nanti tanam pokok daisy banyak2. muahahahahah.


dalam hati ada love story.
miss you.
dengan kepulangan aku ke Tanah Melayu ini maka tinggallah beliau di Tanah Seberang. hehe, lapan hari lamanya. sabar ok sayang? jauh. sangat lain bila jauh. half of you is far away across the vast sea. mesti rasa lain kan? dah2, siapa yang dok deny tu jangan tipu diri lagi. *drama*

*perfect moment*


Sunday, May 13, 2012

.:: Happy Mama's Day ::.

with the name of Allah Most Compassionate Most Merciful


Ma,
Selamat hari ibu yang ke-22!
Semoga Allah sentiasa memberkati hari-harimu, melimpahimu dengan rahmat dan nikmat.
terima kasih atas segala kasih sayang yang tak terhitungkan.
tanpa mama,tiada lah Azriatul Farahain. (':



Ma, Ain sayang Mama.



p/s : entry sume lmbt sebab bru topup tenet hr ni.hee
posted from Bloggeroid

Wednesday, February 15, 2012

.:: I'm Sorry Friend, For Not Being There ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful


hai sahabat. kamu perasan tak kita makin jauh? kita pernah dekat. sangat dekat. macam bluetooth. apa yang ada dalam hati kamu sudah syncronize dengan hati saya. kamu ketawa, saya senyum. kamu menangis, saya pun menangis. erat. kita sangat erat. atau, kita pernah erat. 

hai sahabat. kamu ingat tak? kita kongsi segala-galanya. atau, kita pernah kongsi semuanya. tiada apa tentang saya yang kamu tidak tahu. tiada apa tentang kamu saya tidak tahu. we shared everything. jatuh bangun saya, ada kamu di situ. saya juga selalu cuba untuk selalu ada di sisi kamu. i really love to be your shoulder to cry on. (:

hai sahabat. kamu sedar keadaan kita sekarang? kamu dengan dunia kamu, saya dengan dunia saya. we used to live in the same world. kejam kah masa kerana mengheret kita ke alam kedewasaan? atau bumi ini yang memisahkan kita dengan jarak sebegitu? kesal. sangat kesal. maafkan saya kerana tiada saat kamu hilang punca dibelasah arus dunia. maafkan saya kerana tiada di situ memberi kamu sejambak bunga saat hari lahir kamu, atau majlis graduasi kamu. believe me, i really wanted to be there. sharing your joy & happiness.

hai sahabat. jangan putus asa pada saya kerana saya takkan pernah putus asa pada kamu. saya rindu. sangat rindu. jangan pernah kamu anggap saya lupa kamu. kerana saya tidak lupa. takkan pernah lupa. kamu pernah jadi insan yang istimewa. selamanya akan istimewa.


 sekali lagi, i'm sorry friend. for not being there. like i used to.

i hope u miss me too. (':


Monday, January 16, 2012

.:: Picture Talking 7 (: ::.



a simple wish.



unfortunately,
a simple wish like that can't be granted isn't it?
(:
- 17 January 2012, 23:15 Medan time.



posted from Bloggeroid

Friday, January 6, 2012

.:: Unspeakable Moment ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful


tuhan bagi kita hati.



take care of it lah.
posted from Bloggeroid

Wednesday, December 28, 2011

.:: Bedtime Entry ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful


alhamdulillah, dapat jugak habiskan soklan GIS-1 tu.
xdelah nak bangga sangat tapi seriously bukan mudah nak buat sume tu masa kat Malaysia ni.
hee, dugaan sangat macam2!

ada 2 benda yang aku nak highlight kat sini.

yang keSatu,
aku sangat rindu pada seorang manusia yang bernama
muhammad aslam.
waiting for him to call.
kata dia mahu berkaraoke dengan kawan di Medan.
jadi, mungkin pulang lewat.

yang keDua,
entah kenapa, lately, aku rasa hidup ini sangat cantik.
maybe sebab aku berada di Malaysia sekarang.
hidup terasa lebih tenang, nyaman & mendamaikan.
hoping to still feel like this back in Medan.
well, life is beautiful.
it depends on how u see it.
(:

Allah, thanks for the heartbeats...

okey, time to sleep honey.

Thursday, December 1, 2011

.:: Melodi Dalam Hati ::.

with the of Allah the Most Compassionate Most Merciful

esok hari jumaat.
jadi esok ada tutorial.
sedang m'copy' and paste handouts dari teman tutorial A6 sambil itu aku sajikan telinga dengan muzik.
okey, sudah bosan mendengar lagu2 yang beratus kali dok ulang dalam hp n laptop tu, saje lah cuba2 beranikan diri dengar radio stesen indonesia.
haha, sumpah tak mengecawakan.
tapi aku dengar lagu English la.
memang best & terbaru.
Kiss.fm and visi.fm.
try okey?

so,
sedang asyik menyalin n mendengar lagu,
tiba-tiba DJ ni play lagu Greenday-When September Ends.
wahhhh..
feeling rindu yang paling dalam.
(':
ini lagu aku dgn SK8!

so,
entry kali ni pasal lagu2 yang sangat sangat bererti bagi aku.

1. Cebisan Kenangan - Amar

ini lagu tema fivers 07. I learnt everything with my batchmates for 5 years.
rindu.

2. Mungkin Nanti - Peterpan

these song applies to me & shifaa..
(':

3. When September Ends - Greenday

this was the song sang by Nad, the day I got my girls back. end of September.
thank you SK8!
~ ekin, una, pika, fakia, nana, cea, nad & ain.

4. Great Escape - Boys Like Girls

hee, lagu ni.. aku, shifaa, ila & uya + 4 orang. hahaha! me myself sang this song 4 years ago on the balcony in the middle of the night with these girls. (sebab x bole tdo krn excited yg melampau) :P

5.In My Place - Coldplay

lagu ni background sound ms date dgn mr.A kt Sun Plaza dlu. cerita ttg ni aku dh post ms Nov 2010 lepas dlm entry, Music, My Life!. (rajin? klik lah!) adui. feeling yg berbunga-bunga tu. (:

buat ms ni, ni la lagu2 yg bila t'dengar balik, automatik memori2 lepas akan play balik. seolah-olah aku still berada dalam situasi yang sama. terima kasih Tuhan, yang menciptakan video recorder yang paling hebat. Otak. bukan sekadar keadaan itu yang boleh tergambar, feeling yang indah itu juga.

jom cari melodi tambahan dalam hati lagi!