Blogger Widgets

Friday, August 19, 2011

.:: Sebelum Yang Ke-21 ::.


with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful


wah, ada beberapa jam sahaja lagi sebelum angka 12 tengah malam. Terus-terang aku kata aku nervous menghitung  waktu. Cuma aku kurang pasti, apakah rasa itu tanda aku gembira bakal bergelar dewasa atau  mungkinkah gentar? Iyalah, memikirkan aku bukanlah lagi seorang gadis mentah yang bertatih meniti waktu dengan  selalu bersandar  pada kesilapan untuk mempelajari yang benar. Kalau dulu salahku boleh dituding kepada orang sekeliling. Kalau dulu  salahku mudah dimaafkan memandangkan aku ini baru setahun jagung mengenal hidup, yang semua orang fikir banyak lagi yang aku perlu pelajari. Kalau bukan itu yang semua orang fikir, itu juga adalah prinsipku untuk memujuk hati bahawa aku boleh buat yang lebih baik esok hari. Tidak kiralah dalam apa pun, kesilapan aku ketika mencorak langkah adalah peringatan buat aku. Aku belajar melalui itu.

Zaman kanak-kanak, zaman ketika membuat keputusan yang paling sukar adalah memilih pensil warna yang sesuai untuk lukisan aku. Satu-satunya tempoh masa ketika istilah ‘takut’ tiada dalam kamus hidup aku. Zaman remaja, zaman membentuk jati diri. Tempoh masa yang paling penting sebab waktu inilah aku mencorak hidup dengan warna yang pelbagai. Inilah waktu aku define siapa diri aku dan siapa yang aku mahu jadi. Parut di badan, parut di hati, semuanya aku simpan kemas sehingga hari ini. Itu permulaannya ketika aku tahu, keluarga bukan satu-satunya channel yang boleh aku salurkan kasih sayang ini. Remaja, saat aku kenal indahnya persahabatan, saat aku memandang cikgu seperti pahlawan, saat aku kenal cinta pertama yang bila aku ingat kembali aku mampu tersenyum memikirkan betapa cute kisah aku ketika itu. tapi, cinta pertama belum tentu cinta sejati, kan? Zaman pra-dewasa, zaman yang sukar kerana aku harus melakukan transition dari remaja  ke dewasa. Zaman ketika aku mula belajar membuat keputusan berdasarkan pengalaman lalu, zaman ketika aku mula berdiri dengan kaki sendiri. Zaman jatuh bangun. Zaman yang paling huru-hara. Zaman hilang punca. Zaman aku melawan putaran roda hidup supaya aku tidak jatuh tak bangkit-bangkit! Wah, fasa hidup yang tough, sungguh, ini zaman yang mengerikan.

Sekejap lagi akan ada a girl becoming woman. Wanita, 21 tahun. Itu sudah cukup berat kedengarannya bagi aku. Payah, sebab setiap keputusan aku, pilihan aku, itu semua tanggungjawab yang tidak boleh disandarkan pada orang lain. Mereka yang memandang hanya akan melihat aku, hanya aku, bukan lagi orang lain untuk dituding jarikan. Langkah aku harus bijak. Proses belajar sepatutnya sudah tamat. Hanya ada proses membaiki, membaikpulih apa yang tidak cukup dan berhati-hati supaya langkah yang salah itu tak berulang lagi. Siapa yang mahu jatuh ke lubang yang sama untuk kesekian kalinya, kan?

Ini rahmat dari Dia, aku akan cuba menempuhnya. Mata ini mahu melihat banyak lagi. Aku takut, tapi aku wajib percaya, satu-satunya tempat bergantung yang paling baik adalah Allah, the Almighty.




aku mahu ekspresi-ekspresi itu lagi. tidak gentar. tidak takut. fearless. 

6 comments: