Blogger Widgets

Saturday, December 31, 2011

.:: Sesak ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful


Sesak,
Segalanya sesak.
Sesak nafas,sesak fikiran,sesak di hati.
Well here i am, back in Medan.
Adoi,benci betul.
Bila la aku nak jatuh sayang dengan tempat aku menimba ilmu ni?

Just arrived,
from Ipoh-Medan by Firefly.
FY 8202.
Yang buat cerita lawak atas plane tadi.
Bole plak some luggage ditinggalkn sebab x cukup kuota?
Adoi lah..
Satu keje plak nk g airport balik utk fetch bagasi yg x muat tuh..
Alhamdulillah la aku bkn di kalangan calon yg bertuah. Hee.

Okey, ni buah hati baru.









The one n only baby rabbit yang survive sepanjang aku balik hari tu.
Awalnya ada 6.
Seriously cute n gumok!
Haha, tapi dia belum bukak mata lagi.
Tgu balik hujung januari ni insyaAllah..

Okay, nak kena study. Seriously. Huu.
posted from Bloggeroid

Thursday, December 29, 2011

.:: Sweet Day With Sweet People ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful

yesterday was a sweet day.
sebab yesterday I went out with sweet people.

sweet people no 1.
Cik manis
hee, dia bawak sy lunch kat Fatty Cafe & dia blanje sy makan. memang sweet lah!

sweet people no 2
Eena
 always makes me laugh & smile..

sweet people no 3
Mama & Ayah
 brought me to eat KFC. i mean Malaysian KFC. hee!

ok, ni bukan sweet people. ni greatest food ever!
Encik Cheezy Wedges


last but not least,



Wednesday, December 28, 2011

.:: Bedtime Entry ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful


alhamdulillah, dapat jugak habiskan soklan GIS-1 tu.
xdelah nak bangga sangat tapi seriously bukan mudah nak buat sume tu masa kat Malaysia ni.
hee, dugaan sangat macam2!

ada 2 benda yang aku nak highlight kat sini.

yang keSatu,
aku sangat rindu pada seorang manusia yang bernama
muhammad aslam.
waiting for him to call.
kata dia mahu berkaraoke dengan kawan di Medan.
jadi, mungkin pulang lewat.

yang keDua,
entah kenapa, lately, aku rasa hidup ini sangat cantik.
maybe sebab aku berada di Malaysia sekarang.
hidup terasa lebih tenang, nyaman & mendamaikan.
hoping to still feel like this back in Medan.
well, life is beautiful.
it depends on how u see it.
(:

Allah, thanks for the heartbeats...

okey, time to sleep honey.

.:: Hey, Ni Study Week Ke Cuti?? ::.

with the name of Allah Most Compassionate Most Merciful


Ehem.
cuti kali ni memang tak patut dijadikan cuti untuk balik.
cuti ni untuk study cik Ain oi.
hahaha, tapi aku nekad dengan keputusan 'take risk' untuk balik juga dan bersukaria!
eh, correction, home study.
kahkahkah!

24 Dec-02 Jan USU bagi masa utk study for final exam plus OSCE from 3 Jan- 25 Jan.
ye, ye, aku bkn hiperbola.. ada la gap2 kat situ, utk topup mana yang x sempat cover cuti nih.

hari tu ada la ayah bawak g The Carnival Waterpark situated in Sg. Petani.
so, apalagi? kita main2 air lah! hehe




okey, ni muka budak yang paling eksaited nak pegi..(sbb jeles tgk pic kakak dia byk main air.. :P)

then semalam ada jumpa kakak sorang nih.
pakai baju harimau muda. haha.
shazatul shifaa zulaikha.
tapi sekejap sahaja.
sangat rindu dia.
(:


okey lah.
nak sambung study ni.
:P

Wednesday, December 14, 2011

.:: Bandung Games 2011 ::.

with the name of Allah Most Compassionate Most Merciful

Alhamdulillah,
Terlaksana sudah hajat ke Bandung.
Ehehe, teringat hari,dpt call dr pija nk ke x join bandung games.
Hee,aku terus jawab okay!
Yelah, just 500k plus free mkn n tmpt tggl utk 4 hr, spe yg xnk weh?
I've got wat i wanted.
Trans Studio. Netball.

Kt Trans Studio, aku main hampir sume game. I mean yg x adventurous tu x payah la ye dak? Mmg sgt besar & luas. Tp, yg peliknya, dia dlm mall tw? Mcm2, dr yg kena hayun 180 darjah, kne humban kiri kanan depan belakang atas bawah, basah lg, rumah hantu, roller coaster yg laju gle smpai x smpt nk thrill pn..hahaha..pendek kata, aku puas hati.. (:




Then hr sabtu. Match day. Hurm, lawan dgn Bali, Jakarta, Bandung, Jogjakarta. Haha, match start kul 9 pg-12 tghr. Pttnye start balik kul 2 ptg tp terpaksa delay sbb hujan. Si main blk kul 8 mlm. Semi final. Final. Tapi tak berjaya membawa pulang pingat emas. Habis game kul 12 tgh mlm. Hahaha, gila gila.. But overall, alhamdulillah.. Perak dlm tgn..




Hurm, kt bandung, just dpt jln2 kt Cihampelas walk or Ciwalk. Sumpah cantik tmpt tu.. Hurm,dpt shopping, well kejap je kt Rumah Mode n Fashion World. Syg x dpt jln puas2 sbb x ckp ms..huhu.. Mungkinkah ada hari lain? InsyaAllah..




posted from Bloggeroid

Thursday, December 1, 2011

.:: Melodi Dalam Hati ::.

with the of Allah the Most Compassionate Most Merciful

esok hari jumaat.
jadi esok ada tutorial.
sedang m'copy' and paste handouts dari teman tutorial A6 sambil itu aku sajikan telinga dengan muzik.
okey, sudah bosan mendengar lagu2 yang beratus kali dok ulang dalam hp n laptop tu, saje lah cuba2 beranikan diri dengar radio stesen indonesia.
haha, sumpah tak mengecawakan.
tapi aku dengar lagu English la.
memang best & terbaru.
Kiss.fm and visi.fm.
try okey?

so,
sedang asyik menyalin n mendengar lagu,
tiba-tiba DJ ni play lagu Greenday-When September Ends.
wahhhh..
feeling rindu yang paling dalam.
(':
ini lagu aku dgn SK8!

so,
entry kali ni pasal lagu2 yang sangat sangat bererti bagi aku.

1. Cebisan Kenangan - Amar

ini lagu tema fivers 07. I learnt everything with my batchmates for 5 years.
rindu.

2. Mungkin Nanti - Peterpan

these song applies to me & shifaa..
(':

3. When September Ends - Greenday

this was the song sang by Nad, the day I got my girls back. end of September.
thank you SK8!
~ ekin, una, pika, fakia, nana, cea, nad & ain.

4. Great Escape - Boys Like Girls

hee, lagu ni.. aku, shifaa, ila & uya + 4 orang. hahaha! me myself sang this song 4 years ago on the balcony in the middle of the night with these girls. (sebab x bole tdo krn excited yg melampau) :P

5.In My Place - Coldplay

lagu ni background sound ms date dgn mr.A kt Sun Plaza dlu. cerita ttg ni aku dh post ms Nov 2010 lepas dlm entry, Music, My Life!. (rajin? klik lah!) adui. feeling yg berbunga-bunga tu. (:

buat ms ni, ni la lagu2 yg bila t'dengar balik, automatik memori2 lepas akan play balik. seolah-olah aku still berada dalam situasi yang sama. terima kasih Tuhan, yang menciptakan video recorder yang paling hebat. Otak. bukan sekadar keadaan itu yang boleh tergambar, feeling yang indah itu juga.

jom cari melodi tambahan dalam hati lagi!


Wednesday, November 23, 2011

.:: Testing2 ::.

with the name of Allah Most Compassionate Most Merciful


Hee,
nk test bloggeroid ni bole post entry ke x..

Alhmdulillah,
Dh bole gne tenet dh hp ni..
Xde lah nk sakit jiwa tekan2 setting puluh2 kali wlupn xtw nk tekan ap..

Alhamdulillah,
Broadband tu dh x makan duit org 100 ribu..rupiah ye?tp terpaksalah menapakkn diri ke telkomsel center dgn confident yg x bape yakin utk ckp dgn fasih..haha,yela,tkut je org tu x phm dgn masalah kte kn?

Alhamdulillah,
Rezeki ALLAH bg,insyaAllah 8 dec ni diri ini akn berada di bandung..haha,utk maen sport yg dirindui,netball!huh!tp siyes,pancit kot!adoih..mn staminaku menghilang??ke umur 20an tu dh ckup jelas bitau yg dr ni dh ptt pencen bnda2 cmni?haha..papepn,hoping dat,dpt pg trans studio!hehe..

ps : 1+1=2 , 2+0=2. So,2! (:
posted from Bloggeroid

Wednesday, November 2, 2011

.:: Waiting List! ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful 
 

NO.          SUBJECT                                             DEGREE OF EXCITEMENT
1               arrival of mama, ayah, ee & ina on friday                                 very!
2               arrival of mama, ayah, ee & ina with my new hp                    super very!
3               crp paper tomorrow                                                             ah, lame..
4               hermes palace water theme park tomorrow                          yeah yeah
5               syemi's pisang goreng                                                  desperately needed!
6               that hp ring with "Let Me Be The One" song                     now please!

 hee, boring-boring di petang yang membosankan! (:


Friday, October 21, 2011

.:: My Old Passion Comes Again!::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful

aku seriously cinta netball.
dan aku seriously rindu netball.
jadi bila satu soalan dipertanyakan kepada aku tentang netball sudah pasti aku akan menyahut.

petang ni ada training before selection untuk ke Bandung Games.
aku mahu bermain with passion.
untung ada rezeki insyaAllah kaki ini menjejak ke bandung.
soal layak tak layak ke sana itu nombor 2.
yang paling penting aku dapat bermain dengan satu-satunya sukan yang aku cinta.

tapi ada few things yang harus aku bersedia :
(1) saket kaki untuk 3 hari
(2) muka sunburn (ok,yg ni plg scary!)
(3) turun kg (hee!)

last time pegang bola time reunion lepas.

nampak 'hebat' kan?
ok, perasan.
:P


.:: Uya ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful

okay,
azriatul farahain ini sangat bijak.
ohh, sila jangan tarik muka sebab menyampah dgn statement di atas itu.
ini sangat betul dan tak tipu.
sebab azriatul farahain tak reti menipu.
lagipun, menipu itu berdosa.

okay,
sesiapa yang menyampah dgn statement di atas tadi sila angkat tangan.
sebab saya berniat untuk mengembalikan muka anda ke posisi yang asal.
perkataan bijak tadi tanda perli.
ya, memang bijak itu nilai positif yang harus ada dalam diri seorang insan.
tapi bijak saya lain.
ini bijak bahasa terbalik.
faham kan?
tak faham sila baca lagi sampai anda faham.

okay,
siapa tahu tarikh 30/9 hari apa?
itu tarikh penting yang azriatul farahain yang sangat bijak ini terlupa untuk melakukan sesuatu.
kesangatpentingnya tarikh itu telah menyebabkan azriatul farahain tadi terfrozen ketika sedang mencebok air semasa mandi pagi tadi.
oh bukan lah sebab air yang sejuk. 
ya saya baru teringat pagi tadi.

okay,
malas nak memanjangkan lagi intro yang dah memang panjang itu,
confession,
azriatul farahain yang bijak ini telah terlupa untuk mengucapkan selamat ulang tahun ke 21 kepada rodhiyah binti ahmad.
sahabat yang tempatnya tinggi di dalam hati.
bijakkan?

yang disebelah kiri itu dia, yang disebelah kanan itu budak bijak kat atas tadi.

RODHIYAH AHMAD
aku dengan dia macam bluetooth.
first aku dgn dia mmg sama-sama suka biru.
dua, apa yang dalam hati, tak perlu dikeluarkan melalui suara, dia pasti memahami.
dia salah seorang sahabat yang aku letak tinggi dalam hati.
kekuatan yang dia miliki aku kagumi sampai hari ini.
(jadi kelupaan aku itu sangatlah tidak logik)
so sahabatku UYA,
happy super duper belated 21st birthday!
semua doa yang baik sentiasa mengiringi kamu.
bahagia dan success selalu, di dunia & di akhirat.
semoga hati-hati kita sentiasa bersama walau jauh atau dekat.
sayang kamu. dalam.

hidup baik-baik!




.:: Hadiah Super Late ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful

hee,
menunggu masa yang sangat lama untuk mengupload gambar ni ye?

ini present dari syemi asyran,
 shawl rose pink terabur2 with purse F.timber kaler krim.
(kedua-duanya sudah dirasmikan.. purse tu tak sangka jadi hadiah jgk..hee)

ini pula dari andi dayana,
 one set of Japanese Cherry Blossom from Body Shop.
(perfume tu mmg aku dah target lama, hee, so, sangat melompatlah!)

ini dr si kiut-miut Liyana aka Emira Jannah,
 one cutie blue diary!
(hee,dah set up dah ap yg nk tulih dlm tu!)

haa,yang ni plak dari muhammad aslam,
one box of Ferrero Rocher choc with a tiny miny bear on it. from Famous Amous.
(ha, yg ni hadiah super duper late. and the very reason why entry ini ditulis skrg. ye?)

haha,
sekarang dah 2 bulan ye dari tarikh bday yg sebenar.
sukati la.
:P

thank you kesayangan-kesayangan ku..

Sunday, October 9, 2011

.:: Bye Bye w980i ::.

with the name of Allah Most Compassionate Most Merciful.



dengan rasminya,
pada 09/10/11,
me with w980i telah berpisah selamanya.

)':
2 tahun je dia dapat berkhidmat untuk tuan dia..
tempoh yg agak panjang la jgk untuk tuan dia banjir mcm hape bila dia hilang kan?
sumpah sangat sayang dia.
mesti akan rindu....

okey ain,
sila redha ok?
HE knows what's the best for you.


ini last picture aku dgn dia

thank you a thousand million times w980i
missing u already..
T_T


Friday, September 30, 2011

.:: Jatuh Cinta ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful


Bangun pagi. 
Alhamdulillah, 
diri ini masih dibenarkan untuk bernafas.
otak ligat berfikir,
rutin seharian mesti diteruskan.
tapi, pagi ini aku rasa lain.
lain.sangat lain berbanding pagi-pagi sebelumnya.
perasaan yang di dalam ini sangat berbeza.
pagi yang lebih indah.
matahari yang lebih cantik sinarnya.
betul, aku terasa itu.
lain, sangat lain.

HATI.
hati yang dulu tidak pasti sekarang jadi yakin.
fikiran yang ragu-ragu sekarang jadi satu.
mulut yang takut mengiyakan sekarang jadi berani.
aku terasa mahu menjerit kepada dunia.
serta-merta!

Tuhan,
aku telah jatuh cinta!

lega.
aku fikir doa zaman silam supaya dikeraskan hati itu kekal lama.
syukur, dia jumpa kunci tu.
kunci yang entah mana aku lempar supaya tiada siapa boleh jumpa.
ini berita gembira untuk dia.
lama. penantiannya sangat lama.
terima kasih kerana sabar menunggu.

perjalanan masih jauh.
yang di depan itu belum pasti.
DOA.
"semuanya terletak pada doa",
pesanan seorang sahabat yang aku letak tinggi dalam hati.



p/s : org rs, org dah jth cnta kt Aslam.
(;




Tuesday, September 27, 2011

.:: Picture Talking Untuk Kau ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful


okay,
sangat lama tidak update.
inspiration selalu ada.
tapi tak berkesempatan.

okay,
jom baling kasut kat orang.
oh, bukan kamu ya mr. A?
kamu jantung hati, takkan nak baling kamu dengan kasut kan?
((:


kau dah buat dia camni kan,


so aku nak kau ingat ni baik-baik.


in a split second, sayang boleh jadi benci tau?

Wednesday, September 7, 2011

.:: Raya 6 Hari Je :D ::.

with the name of Allah Most Compassionate Most Merciful

syukur. raya tahun ni sekali lagi di rumah. raya di negeri orang memang aku tolak mentah-mentah.  hari. cukuplah. hati aku cukup senang. ditambah pula dengan ramadan full sebulan di malaysia. well, tak sebulan pun, 29 hari je. hee.. tapi okey la kan? daripada puasa kat sini. huh.

okey, events di waktu raya : 
raya pertama : kat rumah opah slim
raya kedua : kat rumah opah manjung
raya ketiga : BBQ night
raya keempat : packing back (T_T)
raya kelima : heading to Penang. watching Final Destination 5
raya keenam : balik Medan tersayang. (suke kn?)

okey dah, tengok gambar je la. :P


tahun ni ayah pilih warna toska. eh! turquoise. :P


mama & ayah


okey, sesi mintak maaf. (':


raya di slim. ada family pak itam, pakcik jalil n kak hajar. best!^^


raya di umah opah manjung with family makyang. (ssh btul nk bagi zafri aiman tgk kamera. asyik2 lompat dengan lagu Boboi Boy je. heee..)

okey, comel. tawu. :P

so, im contented.
cuma pipi aku dah mengalahkan pipi umie aida.
macam pakai botox.
(^^,)

Wednesday, August 24, 2011

.:: Guide ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful





rasa macam diri ini dah tersasar jauh.

Tuesday, August 23, 2011

.:: Monolog Dalaman ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful

hampir. sangat hampir. nyaris lagi aku lakukan sesuatu hari ini. entah dari mana keputusan tu tiba-tiba menyerbu. seolah-olah itu kata muktamad dari aku. memang, kalau dikumpulkan semua tu, kalau diingat kembali satu-persatu, memang tiada jalan balik lagi. okey, mari fikir.

otak : soalnya, bersedia ke awak tu ain?
hati : tipulah kalau aku kata tak akan sedih. sedih itu pasti. tapi aku perlukan ini. either way, aku akan sedih jugak.
otak : tapi perlu ke? kau tak rasa keputusan kau tu terburu-buru?
hati : diamlah. yang sakit bukan kau, aku jugak yang sakit nanti.
otak : hahaha, cuba kau fikir baik-baik. betul ke ini yang kau nak?
hati : hmmm.. aku keliru dengan apa yang aku nak.
otak : tengok? kau terburu-buru.
hati : hei, kadang-kadang apa yang kita mahukan tak semestinya kita dapat. tapi apa yang kita dapat semestinya apa yang kita perlu.
otak : okey, okey aku faham. entahlah hati, aku tak tau apa yang baik untuk kau. untuk kita.
hati : haa, tau pun. kau pun keliru.
otak : aku benci bila aku tak dapat bertemu solution. kau complicated sangatlah! (berkerut)
hati : (senyum) aku memang dah di'design' sebegitu.

jadi, aku still jumpa jalan buntu. susah sangat duduk diam je la. tak payah buat apa-apa. be patient, be good. aku akan cuba. but it's the time, it's always time.


cik hati                                     encik otak

Sunday, August 21, 2011

.:: Picture Talking (: 6 ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful


the cake

the birthday cards

the present

people who made my day
mama

ayah

ee

ina

shifaa

the 21 year old girl
me

Saturday, August 20, 2011

.:: 21 Yang Ditunggu ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful



12.00-02.00 am
sleep early tonight. catched cold. can't help my eyes, the flu & cough medicine force me to sleep. woke up from sleep because of the ringing tone from my hp. shifaa called. the first person to wish my birthday. (technically it's una actually, she wished me 0n 19th august. hehe.) got sms from ila and uya. ila called, talked with cea, didie and mira. fall asleep again. woke up from the sms from una. slept. woke up again, aslam called from Medan. slept again.

05.00-07.00 am
check hp. sms from ekin and syemi. 'sahur'. got a fever finally. huh, this affected my day. back to sleep, whole body ached.

10.00-15.00 am/pm
woke up. urgghhh! my throat hurts. feel dizzy. the meds didn't wear off yet? helping mom and dad setting a new curtain. silver, black & white. exhausted, but gagahkan diri jugak. birthday girl, supergirl. rasa mahu collaps. it's okay, tabah, fasting kan? checking wishes from friends in facebook. thank you all, for the wishes and prays. (: got a nice sms from andi.

17.00-18.30 pm
shifaa came. weak but still went to Tesco with her. tertipu dengan dia, kononnya mahu beli kad raya. birthday present,a butterfly-printed blue shawl. bought myself a new pair of wedges and a necklace. got a sms from senior 2D.

19.30-10.30 pm
breaking fast. alhamdulillah. after tarawih, a cake! mocha flavoured with berries birthday cake. happy, touched. say 'thanks' to mom and dad for the 21 years of living. love you both with all my heart. (':

11.30-12.00 pm
checking facebook again. type this entry.

special dedication : thank you Allah, for this opportunity to live as long as this. please, guide me always.

notes : (1) there's a reason why this entry feels lifeless. it's okay, i am a supergirl. (:
           (2) pictures will be uploaded soon.^^









Friday, August 19, 2011

.:: Sebelum Yang Ke-21 ::.


with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful


wah, ada beberapa jam sahaja lagi sebelum angka 12 tengah malam. Terus-terang aku kata aku nervous menghitung  waktu. Cuma aku kurang pasti, apakah rasa itu tanda aku gembira bakal bergelar dewasa atau  mungkinkah gentar? Iyalah, memikirkan aku bukanlah lagi seorang gadis mentah yang bertatih meniti waktu dengan  selalu bersandar  pada kesilapan untuk mempelajari yang benar. Kalau dulu salahku boleh dituding kepada orang sekeliling. Kalau dulu  salahku mudah dimaafkan memandangkan aku ini baru setahun jagung mengenal hidup, yang semua orang fikir banyak lagi yang aku perlu pelajari. Kalau bukan itu yang semua orang fikir, itu juga adalah prinsipku untuk memujuk hati bahawa aku boleh buat yang lebih baik esok hari. Tidak kiralah dalam apa pun, kesilapan aku ketika mencorak langkah adalah peringatan buat aku. Aku belajar melalui itu.

Zaman kanak-kanak, zaman ketika membuat keputusan yang paling sukar adalah memilih pensil warna yang sesuai untuk lukisan aku. Satu-satunya tempoh masa ketika istilah ‘takut’ tiada dalam kamus hidup aku. Zaman remaja, zaman membentuk jati diri. Tempoh masa yang paling penting sebab waktu inilah aku mencorak hidup dengan warna yang pelbagai. Inilah waktu aku define siapa diri aku dan siapa yang aku mahu jadi. Parut di badan, parut di hati, semuanya aku simpan kemas sehingga hari ini. Itu permulaannya ketika aku tahu, keluarga bukan satu-satunya channel yang boleh aku salurkan kasih sayang ini. Remaja, saat aku kenal indahnya persahabatan, saat aku memandang cikgu seperti pahlawan, saat aku kenal cinta pertama yang bila aku ingat kembali aku mampu tersenyum memikirkan betapa cute kisah aku ketika itu. tapi, cinta pertama belum tentu cinta sejati, kan? Zaman pra-dewasa, zaman yang sukar kerana aku harus melakukan transition dari remaja  ke dewasa. Zaman ketika aku mula belajar membuat keputusan berdasarkan pengalaman lalu, zaman ketika aku mula berdiri dengan kaki sendiri. Zaman jatuh bangun. Zaman yang paling huru-hara. Zaman hilang punca. Zaman aku melawan putaran roda hidup supaya aku tidak jatuh tak bangkit-bangkit! Wah, fasa hidup yang tough, sungguh, ini zaman yang mengerikan.

Sekejap lagi akan ada a girl becoming woman. Wanita, 21 tahun. Itu sudah cukup berat kedengarannya bagi aku. Payah, sebab setiap keputusan aku, pilihan aku, itu semua tanggungjawab yang tidak boleh disandarkan pada orang lain. Mereka yang memandang hanya akan melihat aku, hanya aku, bukan lagi orang lain untuk dituding jarikan. Langkah aku harus bijak. Proses belajar sepatutnya sudah tamat. Hanya ada proses membaiki, membaikpulih apa yang tidak cukup dan berhati-hati supaya langkah yang salah itu tak berulang lagi. Siapa yang mahu jatuh ke lubang yang sama untuk kesekian kalinya, kan?

Ini rahmat dari Dia, aku akan cuba menempuhnya. Mata ini mahu melihat banyak lagi. Aku takut, tapi aku wajib percaya, satu-satunya tempat bergantung yang paling baik adalah Allah, the Almighty.




aku mahu ekspresi-ekspresi itu lagi. tidak gentar. tidak takut. fearless. 

Thursday, August 18, 2011

.:: Ber'dating' Di Rumah Allah ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful


(:
jam 6.19 malam tadi tiba-tiba handphoneku berbunyi tanda ada mesej yang masuk.
,nak tarawih sama mlm ney?
wow,ada orang ajak dating!
hatiku berbunga-bunga.
dah lama mata aku dan dia tidak saling bertemu.
memang tidak aku nafikan, aku sungguh merindui wajah itu.
mesej kubalas tanda setuju.
satu lagi mesej masuk.
dia mahu menjemputku jam 8.30 malam nanti.
bibirku mengukir senyuman.
gentleman sungguh kesayangan aku yang seorang ini.

selesai berbuka puasa aku menunaikan solat maghrib.
aku melirik ke arah jam di dinding.
baru jam 8.15 malam, masih ada waktu lagi.
aku turun ke ruang tamu menunggu kehadiran dia.
dtg dgn spe?
satu mesej kukirim kepadanya.
,seorg diri. katanya.
wah, romantiknya.

ting tong.
loceng rumah berbunyi tanda dia sudah tiba.
segera aku keluar mendapatkannya.
dari jauh aku melihat wajah itu, bibir ini bertalu-talu mengukir senyuman.
'lamanye tak jumpe..'
aku salam dia.
aku peluk dia.
aku cium pipinya.

sampai di masjid, aku dan dia mula membuka cerita.
mengimbau kembali sejarah lama.
nak duduk depan skali ke mcm dulu?
dia hanya tersengih dengan gurauan aku.aku pasti dia pun memikirkan perkara yang sama.
rutin di sekolah yang aku rindu.
solat sunat qobliah & ba'diah yang sudah sekian lama tidak kuperbuat.
solat berjemaah bersama orang yang aku kasihi.
ya Allah, manis sungguh malam ramadhan hari ini.
selesai solat isyak,
aku salam dia.
aku peluk dia.
aku cium pipinya.
lagi.

kemudian bilal melaungkan bacaan tanda solat tarawikh akan bermula.
ehe, jom kte tengok siapa yang bangun dulu.
aku menjelingnya sekilas sambil tersenyum nakal.
semua jemaah sudah berdiri tanda bersedia melaksanakan solat yang hanya ada dalam bulan istimewa ini.
nak share sejadah ke?
dia senyum lagi.
takpe, tak payah lah.
aku senyum sendiri, dulu sejadah yang sekecil ini pun boleh dibuat kongsi.

tarawikh 8 rakaat beserta ceramah ringkas tentang nuzul Quran di tengah-tengah.
sungguh berbeza halwa telinga aku yang sekarang berbanding 5 tahun dahulu.
rindunya kuliah ilmu Ustaz Zahidan.

selesai solat dia menghantarku pulang.
sesungguhnya banyak lagi perkara yang ingin aku ceritakan.
waktu yang sesingkat itu.
kepala ini mahu lagi bersandar di bahunya.
nanti sabtu ni lepas kerja aku mesej kau.
okey, jawabku ringkas.
sebelum kaki ini melangkah keluar,
aku salam dia,
aku peluk dia,
aku cium pipinya.
sekali lagi.

ketika dia beransur pergi,
aku tahu aku akan merindui dia lagi.
bintang di syurgaku,
shazatul shifaa zulaikha.



Sunday, August 14, 2011

.:: Picture Talking (: 5 ::.

with the name of Allah The Most Compassionate Most Merciful





Strength.
It's in me.
It's in my name.
AZRI-Kekuatanku aka My Strength.
get it?

so,
hey those stupid feelings,
you are messing with the wrong girl.