Blogger Widgets

Friday, December 28, 2012

.:: Familia Lovato ::.

with the name of Allah Most Compassionate Most Merciful

Family is a treasure given to you by Allah, the only bond that cannot be broken, to ensure that you are living in a atmosphere full of love, warmth and blessings. - Azriatul Farahain Ahmad Zamili

my arrival at Penang International Airport.



Thailand again! complete as familia this time. (:








*jari dah kebas sebab bukak glove bila nak tekan touchscreen kat kamera hp*


*semua muka risau takut aku kena tinggal dengan tuk-tuk*



Horizontal Garden family gathering!
 *zara aleesya-ahli baru*







Dinner at Kenny Rogers Roasters, AEON Sri Manjung.

 *setelah sekian lama*



 next?
haha, Pangkor Island tomorrow!! :D


Thursday, December 27, 2012

.:: 4 Months' Explosion ::.

with the name of Allah Most Compassionate Most Merciful

Ohh. sudah terlalu tersangat lama blog ini tidak disentuh oleh empunya diri. haha, bersawang! okey, disebabkan terlalu lama tidak melampiaskan rasa dan kata hati, maka berjela-jela atau berpost-post lah blog ~My Life Is Awesome^^ pada ketika ini. muahahahaha.. (okey, ketawa raksasa).

okey, first thing first.
Mama, Papa's Birthdays!
ye saye, pada tanggal 7 Nov dan 15 Nov respectively merupakan birthday mama & ayah ku. yay! walaupun anakmu ini jauh di perantauan dipisahkan oleh Selat Melaka, tarikh2 keramat ini takkan mudah dilupakan. muahahahaha (gelak raksasa lagi). tapi, apakan daya, nak pos hadiah pakai fed-ex tak cukup bajet pulak la kan, so untuk masa dan ketika itu aku hanya mampu menghubungi mereka dari jarak jauh di samping mendoakan yang terbaik untuk kedua-dua mereka hendaknya. ehem. (anak soleh tak? anak soleh tak?) haha. tapi itu tak bermakna hadiah untuk mereka diletak kebelakang. ya, sebelum berangkatnya kepulangan beta ke Tanah Melayu pada tanggal 23 Disember, beta & pasangan beta (ehem) telah bersoping dengan sukarianya bagi memenuhi kejutan buat bonda dan ayahanda tersayang. mama aku kasi handbag mengikut citarasanya & ayah aku bagi perfume mengikut citarasaku sendiri. muahahah. oh, tidak lupa juga kepada adik lelaki tersayang yang tiap kali balik mesti demand tshirt dengan aku punya, so aku pun beli la. ye, aku memang kakak yang sangat menyayangi adik-adiknya. :P 

the most excited part.
Breaking Dawn part 2.
ye aku tau movie ni dah tak up to date. dah tak wow gitu. hehe, tapi still wow di hatiku. hurm, maybe sebab telinga ni tengah mendengar soundtrack Breaking Dawn Part 2 yang best-best! (: memang tak mengecewakan  aku. Bill Condon ni memang bijak la aku kasi sebab walaupun aku dah baca novel cite ni aku tetap tertipu part semua vampire-vampire handsome ni mati. muahahah. sumpah terkedu bila satu-satu watak penting ni kena bunuh sampai andi yang dalam keadaan shock tanya2 aku apa jadi pun aku dah tak dengar apa. frozen kat kerusi tu. brilliant aku kasi. brilliant. haha, and bila si Aro tu mati kena putus kepala semua orang dalam panggung tu tepuk tangan puas hati kot! huh, lagi menghangatkan suasana! si kecik Dakota Fanning mati pun puas hati kot. hehe. and detik-detik tertipu, rupa-rupanya itu hanyalah future view Alice semata-mata. everyone including me groaning kot. hahahaha. best, sangat best. and my favorite part, the last part. the meadow part. terharunya.......... T_T terharu melihat how beautiful love is. weh, aku mana la penah nak nangis soksek soksek tengok love story kot. lain la cite Hachiko. perfect. dengan background A Thousand Years versi baru tu lagi. the moment when Bella turn off her barrier and let Edward read her mind. wow. that moment. the only way you can tell someone how much you love them is letting them feel it inside your mind, your heart. i wish.... that moment got carry me away. and menitik-nitik la airmata itu. muahahah. and masa tu aku dah rasa rindu nak tengok cite tu lagi. jadi, tanpa segan-silu, kua je dari panggung aku terus beli tiket baru untuk tayangan berikutnya bersama andi. *puas hati walaupun ada orang still destroy perasaan indah aku malam tu*


Most Absurd part.
Eyesore.
haih, manusia-manusia itu. sangat suka menindas. mulia mungkin. sampai umpat keji itu dianggap tidak salah. aku bersabar lama. tapi sabar ada tahapnya. salah aku? membela orang yang aku care? huh. mereka juga akan buat benda yang sama, kan? konon, berlagak maintain. lainlah kalau orang yang mereka kata sayang itu sebenarnya tak disayangi pun. dark secrets. bukan meletakkan diri aku di suatu zon selesa. bukan! just wanna state that, "korang dok kutuk2 orang macam diri tu bagus sangat padahal diri tu ada jugak celanya, kan?" jadi tak payah nak angkat diri tu lebih hebat berbanding orang lain sangatlah. berpura-pura lagi. topeng. bertopeng-topeng. minta dijauhkan aku dari mereka yang bertopeng-topeng ini, Tuhan. sungguh! berdepan seakan suci, belakang macam duri. pergi jauh dari aku. eyesore.

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٌ۬ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُمۡ وَلَا نِسَآءٌ۬ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُنَّ‌ۖ 

Ertinya:
"Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu menghina(mencaci)suatu kaum yang  dihina itu lebih baik dari kaum yang menghina."
(Al-Hujurat:11

Firman Allah s.w.t:
وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَـٰبِ‌ۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَـٰنِ‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ (١١)

Ertinya:
"Dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk.Seburuk buruk panggilan ialah yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat,maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(Al-Hujurat:11)

*so friends, let us stop hurting each other. calling names in twitter or whatsoever. together we stop saying this and those when we're never sure what's the truth is. we are all muslims. aren't we?

Success.
Karya Tulis Ilmiah
alhamdulillah. berkat usaha yang tak seberapa ni akhirnya berjaya jugak aku lulus dengan cemerlang. syukur. tugasan ini membuatkan life cycle jadi tunggang langgang. dengan ujian yang tak jemu berkunjung tiba lagi. A. itu yang aku harapkan.semuga karya ini memberikan manfaat dan inspirasi kepada agama, bangsa & negara, insyaAllah.


my obsession.
gerber daisy
look how gorgeous she is, right? bila aku dapat bunga ni dalam tangan serious rasa macam mimpi. sampai aku dah berangan dah, rumah aku nanti tanam pokok daisy banyak2. muahahahahah.


dalam hati ada love story.
miss you.
dengan kepulangan aku ke Tanah Melayu ini maka tinggallah beliau di Tanah Seberang. hehe, lapan hari lamanya. sabar ok sayang? jauh. sangat lain bila jauh. half of you is far away across the vast sea. mesti rasa lain kan? dah2, siapa yang dok deny tu jangan tipu diri lagi. *drama*

*perfect moment*


Wednesday, August 8, 2012

.:: Sakit ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful


ahh. demam. sudah 3 hari, esok hari ke-4. hairan sungguh. sangat jarang sekali sakit datang bertimpa-timpa. demam sampai seluruh tubuh kesakitan. sengal otot-otot badan. hari pertama aku hanya biarkan. biarlah, sakit ini hanya sekejap.

semalam sakit baru datang bertandang. bertandang tak pulang-pulang sampai sekarang. perut seakan dipulas-pulas, peritnya terasa ke belakang. keringat dingin membasahi tubuh. sakitnya mengejutkan aku dari lena yang panjang. aduh ya Tuhan, sekiranya ini dugaan buat hambaMu dalam meniti bulan Ramadan aku mohon kekuatan supaya perjuangan berlapar dahaga demiMu tetap aku teruskan. aku jadi bertambah hairan. seingat aku tidak pernah aku mengalami kesakitan sebegini rupa. membuatkan aku terbaring. lesu. lemah. tak bermaya.
benarlah, ini ujian Tuhan. 

flu ini juga merungsingkan. kotak tisu wajib berada berhampiran. oh rungsing-rungsing. biarlah aku demam, tapi bukan flu yang jadi pilihan.



Dear Allah, please wipe away this pain, this sickness, this diseases. if these meant to be my tests, please Allah strenghten me. if these meant to be my punishment, please Allah i beg for your forgiveness and mercy.
ameen.

Tuesday, August 7, 2012

.:: Please Forgive Me ::.

with the name of Allah Most Compassionate Most Merciful



yes, 
i made a mistake.
not just any mistake, it is a major mistake.


i am truly sorry.
sorry that i chose it wrong.
sorry that my choice hurts u.
sorry that i hurt u.

please forgive me.
)':

Sunday, August 5, 2012

.:: Baking With Love ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful

strawberry tartlets

hari ini aku & azriatul fareena telah bergabung tenaga.
ni semua gara-gara terjumpa sebungkus tepung kastard Lady's Choice time kemas dapur pagi tadi.
jadi, kami dengan nekadnya berdua ke Rapid Supermarket untuk beli fresh milk & icing sugar.
tak penah seumur hidup aku buat pastri sebab dulu masa ERT xde belajar & aku biasanya jadi tukang pemerhati ayah aku je bila dia buat. 
(dasar pemalas. takde inisiatif langsung nak belajar sendiri.)
:P
so why not give it a try?

step by step :

finally:
cute one-bite-size tartlet!

alhamdulillah, menjadi pun hasil tangan si amatur ni.
texture out sket cuz x brape crispy.
tapi, yang penting rupa. eh, rasa. (:
sedap! sebab aku letak jem strawberry dalam dia & u've got one piece of fresh strawberry as topping.
custard dia pun best. full cream milk & whipped cream woo..
sangat-sangat berkrim.
and it brought smile to each person who bite it.
*bangga dengan diri-sendiri



nota kaki : u crushed mine, i'll crush yours. that's a promise. (berkaitan dgn yang hidup, bukan tart ni)



Saturday, August 4, 2012

.:: Brudder Sistah ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful

nama aku azriatul farahain.
aku ada  dua adik.
ahmad azri (ee) & azriatul fareena.
jadi secara tak langsung ia melayakkan aku untuk mendapat pangkat kakak la kan?
umur aku 22 tahun and umur ee 20 tahun.
aku kakak, dia adik.
tapi aku rasa orang akan konpius kalau tengok aku jalan sebelah ee.
either orang akan fikir aku adik dia atau girlfriend dia.
hey, adik-beradik mana boleh boifren-galfren.
tapi aku tah salahkan mata-mata yang melihat tu sebab masa aku jumpa ee selepas 6 purnama tidak bertemu  ni yang aku cakap kat dia,
"e, nape lain benor ghupe kamu?"
tu bahasa perak, bahasa baku dia lebih kurang macam ni la :
"ee, mengapakah rupa kamu sangat berbeza?"
(ada rasa nak tampar tak? baik jangan. bahasa melambangkan bangsa.)
alah, korang tengok je la gambar kat bawah ni korang judge sendiri.
tapi jangan lebih-lebih la pulak kan?

abaikan yang seketul kat dahi aku tu. (-_-")

betul tak aku cakap, my little bro has become my big bro.
haha, tak sangka teman sepak terajang aku dah bole jadi protector diri aku sendiri.
alah, kawan dia pun cakap aku macam adik dia.
bukti? lihat sini.

kelihatan muka trouble maker aku dulu.

gambar kanan tu ee letak sebelah katil dia.
terharu woo. (':



Thursday, August 2, 2012

.:: New Face! ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful


everything change.
termasuk la blog aku.
hahaha
tukar lah.
 dah berzaman macam ni je rupa kau.
hoho, ada la aku tambah-tambah sikit.
maklumlah, orang ketinggalan zaman.
(-_-")
ada few buttons yg aku tambah.
 yang kiut-miut kat bawah tu.
uhuk uhuk. (batuk plak. :P)
hope this 'in love' thing lasts forever.
ameen.
and kredit untuk Mr. A sbb pilihkan pic yg besar kat tepi tu.
(yang lain semua dia reject tu paling sweet. konon.)
template ni diambil dari the cutest blog on the block.
aku pilih yang banyak colour sebab aku memang suka colour.
dolu-dolu zaman kanak-kanak riang aku selalu menang pertandingan mewarna.
(bragging. tak malu.)
my final say,

cute tak blog aku?

Tuesday, July 31, 2012

.:: Waiting ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful



sayang, nobody enjoys waiting.


Thursday, July 26, 2012

.:: Chores ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful

(ini aku versi comel)

exhausted.
di bulan puasa begini kerja rumah tetap tak boleh tinggal.
memang takde shif langsung.
semuanya mak aku serahkan 100% untuk aku sorang je.
hehe, mesti la.
anak dara + anak sulung lagi kan.
baru pulang bercuti dari perantauan,
time ni la mak aku dapat cuti sepenuh masa, ye dak?
tadi terlewat cuci pinggan mangkuk pun aku dah kena tanya dah.
tapi aku bagi alasan mengada :
" nanti lepas zohor ye ma, tangan pakai losyen tadi."
alasan mintak penumbuk.
haha, tapi memang betul pun aku plan cenggitu.
and dah disetelkan pun by this hour. :P
dah 2 minggu aku balik ni pun bilik ni belum dikemaskan betul2.
maklumlah, dah tinggalkan dia 6 bulan.
wajar lah kan habuk tu dah tinggi seinci.
hiperbola sungguh kau Ain. -.-"
ni pun aku amik timeout sebab penat.
konon.
truly aku memang nak curi tulang pun.
dah la Ain, gi sambung kerja kau tu!

overall, mostly ni la chores aku.

jangan nak bebel sangat la kan. hehe, takpe, tolong mama dah dapat pahala. tolong mama di bulan ramadan lagi dapat pahala. tolong mama di bulan ramadan dengan tulus ikhlas lagi lagi dapat pahala!
insyaAllah. (:

anything for you, mama. <3

Tuesday, July 24, 2012

.:: Best Girl ::.

with the name of Allah Most Compassionate Most Merciful


biasalah.
Azriatul Farahain orang yang busy.
konon 'busy' itulah yang buat aku tangguh hal2 yang tak patut ditangguhkan.
cerita ahad lepas.
tanggal 22 Julai 2012.
met my best girl.
sudah lama tidak bertentang mata membuatkan kadang-kadang lidah kelu mengukir kata.
(itupun kalau si dia perasan.)
hehe.
tujuan : belated birthday gift.
so sambil menyelam minum air.
dating sambil beli-belah.
mak aku pesan kiub ayam & bawang goreng.
mak shifaa pesan tomato & sos.
plus,
window shopping!


try-try kasut.
aku punya pattern lembu, shifaa pattern leopard.
snap-snap dalam fitting room.
aku punya pattern leopard, shifaa bintang-bintang.

we had a day. truly. but we do need a very long day to spend together. well, to put all the pieces we missed back. shazatul shifaa zulaikha ini bukan orang lain. she's a part of me. she's in me. 

and the most hated part : i bought myself a blue palazzo pants.
hate it when i spent my own money!

p/s : famous amos dah habis? (:

Friday, July 20, 2012

.:: My Story Books ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful

minat membaca tu memang dah berakar umbi dalam diri ni sejak azali lagi. so bila aku kata aku nak baca buku tu (i mean that particular book), maknanya aku nak baca jugak buku tu. tak kira la macamana pun aku nak baca time tu jugak. kalau boleh baca dari watpadd, download. kalau buku tu available in store je, aku beli. sebabnya aku rasa macam craving. 
craving for the ideas, fantasy and all.

jadi bila dapat tau je duit dah masuk,
aku terus gi Popular Book Store, Tesco.
target aku nak beli buku ni.

the fourth series from the The Secrets of The Immortal Nicholas Flamel

ni semua salah k.long (nurul safara). haha, sebab dia la aku jadi terikat dengan series ni. aku macam tak boleh berhenti. and biasanya aku take 30 minutes to read these books before sleeping. yes, more like a bedtime story for me. first of all, Michael Scott telah menarik perhatian aku dengan menggunakan watak Nicholas Flamel tu sendiri. well, watak ni ada disebut dalam buku Harry Potter and the Philosopher Stone. and aku FANATIK dengan HP okay? and of course, genre series ini yang bercorak fantasi and magic adalah memang tipe aku.

tapi nak dijadikan cerita, sesampai je aku kat Popular tadi, tak pulak aku nampak buku tu kat situ. hairan. jenuh la aku dok pusing patah balik, pusing patah balik takut terlepas pandang. haih. macamana nih, dari jauh  drive semata-mata nak beli buku tu. ayah pun macam taknak lepas aku je tadi. katanya tak mustahak. haha.
cari punya cari aku jumpa siri ke-5 kat tempat promotion. adeh. pastu aku tanya la akak cashier tu mana siri yang lain. and then dapat la jawapan yang mengecewakan.
"maaf ye dik, yang ada just siri ni je."
great. just great. punya la aku memendam rasa nak beli buku ni before balik Malaysia lagi. masa tu tak dapat beli sebab ada masalah kewangan. haha! duit mara tak masuk lagi. hee.

untuk mengubat hati yang kecewa, aku pun beli la buku ni.

 first, sebab taknak mensia-siakan minyak petrol keta tu. second sebab kalau aku balik dengan tangan kosong, nanti ayah aku gelakkan aku kaw2 punya. -.-"
and thirdly, sebab aku tengok review dari pembaca lain sangat attracting.

"I ate this book up. I could barely put it down before bed, and was also trying to sneak time in my busy morning to read some extra sentences. This was an awesome first book in a series and I'm dying to read. Amanda, please write the next one soon. I'm dying!!"-Midnight Glance Reviews


" This series has a bit of of everything - magic, myth, action, romance...ah, the romance! There is something so appealing about forbidden love, especially when it leads to a happily-ever-after. I have to say, I love the way this ended. Of course, I won't give spoilers, but the ending was perfect." - Diary of a Bibliophile

ha.. attempting kan? so let's read! hope it's true. (:








Thursday, July 19, 2012

.:: Thailand Vacation ::.

with the name of Allah Most Compassionate Most Merciful


alhamdulillah. tahun ini bakal b'ramadan penuh di rumah. alhamdulillah lagi. cuti raya kali ni dapat dua minggu. apalagi yang boleh aku happy selain pulang ke Malaysia tanahair tercinta?hehe, betul weh. sangat osem. walaupun quite different rasa dalam hati ni bila jauh dengan tangkai hati pengarang jantung. tapi takpe, sebulan lebih tak lama sangat, kan? (pandai tipu diri sendiri)

Flight AirAsia at 6.30 pm heading to Penang. 14th of July. tapi masa tu perasaan lain sikit. sebab tujuan kali ni bukan pegi manjung lagi. tujuan kali ni ialah vacation trip to Thailand!sleep one night in Kedah, then straight to Thai the next day.

Hatyai-Songkhla-Danok

such experiences! pertama kali jejak bumi Thailand sedangkan ina (adik aku umur 11 tahun) pun dah pegi 4,5 kali. jadi tujuan sebenar aku nak pegi siam ni sebab nak melepaskan kejelesan aku pada ina disamping mencuci mata melihat peradaban orang lain. cewah! so, pendek kata, aku yang tuntut dari mak ayah aku nak gi sini. kehkeh. :P

 Ice Dome, Hatyai
sumpah sejuk gila! sampai merah hidung sampai kebas tangan. patut la jack dlm titanic tu mati weh.siyes aku tak penah rasa sesejuk macam ni.cantik! semua benda dalam ni dibuat daripada ais.and ada satu part tu aku jatuh terjelepok dalam tempat tu.okey?aku sendiri pun tak ingat bila last aku jatuh.padan muka aku. pakai wedges lagi. licin kot ais tu. haha

Floating Market, Hatyai
ini la yang paling lain dari yang lain. tempat ni famous dengan segala macam jenis makanan yangg aku tak puas round. tempat dia terpelihara dengan sangat baik. best! salah satu pengalaman yang berharga. (:

 Songkhla Beach
hehe, nampak tak duyung tu? ayah aku kata, konon2nya sesape yang dapat sentuh duyung tu dapat jodoh. pastu ayah aku paksa aku g tangkap gambar sebelah duyung tu. mana la tau kan jadi ke. kahkah! pastu lunch kat bawah pokok makan sum tam. and diambush oleh seekor kera kat situ. kera tu wat huru-hara jugak lah. and then malam tu aku, mama n ayah try foot massage. haha, badan aku rasa macam dikepak-kepak oleh tukang urut tu. sakit masa tu, tapi lepas tu lega gila. boleh lagi next time. :P

 Danok
(ain, tak senonohnya kau tidur. haha, tapi sangat penat weh. sangat. tak tertahankan.)


kat danok tak berapa nak jalan sangat sebab dah jadi destinasi terakhir. yang pasti, ayam goreng kat situ sedap gila. lagipun dah dekat sangat dengan sempadan. pintu gerbang pun dah nampak.

overall, im very glad to have this vacation. although, rasa tak lengkap tanpa little brother tersayang Ee. Ee tak dapat join sebab dah start praktikal. Hope we'll come again one day. complete with all the member in the family. ada banyak lagi tempat t'miss masa tu. but most important, aku puas hati.

thank you ma, ayah. (;


Friday, June 15, 2012

.:: Satu Beban Akhirnya Lifted ::.

with the name of Allah Most Compassionate Most Merciful


finally, hari yang dinantikan tiba. hari pembentangan Proposal KTI. dah la present selaku orang pertama. tak gugur pulak jantung ni! dgn 2 orang lecturer penguji and barisan opponent, tak gigit jari nak merapu pjg2 depan tu?

"Assalamualaikum & selamat pagi, saya Azriatul Farahain binti Ahmad Zamili. Yang dihormati dosen pembimbing dr. Arlinda, dosen penguji, dr.Yetty dan dr.Elmeida, teman2 seperjuangan serta barisqn opponent. Pada pagi ini saya akan mempresentasikan proposal saya yang berjudul Pengaruh Musik Terhadap Ingatan Jangka Pendek di Kalangan Mahasiswa Fakultas Kedokteran USU."

ha, tak berjela intro aku? haha, n then aku pn present slides yg 2 hari wt sampai 5 pg tu dgn penuh karisma..kehkeh. after that,dgr soalan & teguran dari mereka.
"Azriatul, proposal kamu harus direvisi lagi karena kalimat2 bahasa Malaysia itu masih bisa dibaca. nanti kamu diskusikan sama teman2 Indonesia kamu gimana kalimat indonesia yang sebenarnya. seperti ini, rancak itu apa artinya?" (-_-")

haha, aku sengih je la. Nak jawab apa lagi? darah yang mengalir dalam badan saya masih darah melayu?? Haha! Kena tempeleng dengan dosen tu baru tau. :P

"Azriatul F. LULUS, dgn perbaikan."
Alhamdulillah.. tamat pun mimpi ngeri ni. mimpi yg penting dia sampai soal exam aku letak kat belakang kepala. tapi time aku dgr 'F' tu mcm nk jatuh terduduk atas lantai pun ada. ingatkan F=Fail. :D

lepas tu, kita enjoy! haha, went straight away to meet my daddy yg baru sampai 2 hari before. truly, miss him so much. rasa macam nk squeeze diri kecik2, masuk dalam luggage, ikut balik mesia. haha


posted from Bloggeroid