Blogger Widgets

Tuesday, July 31, 2012

.:: Waiting ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful



sayang, nobody enjoys waiting.


Thursday, July 26, 2012

.:: Chores ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful

(ini aku versi comel)

exhausted.
di bulan puasa begini kerja rumah tetap tak boleh tinggal.
memang takde shif langsung.
semuanya mak aku serahkan 100% untuk aku sorang je.
hehe, mesti la.
anak dara + anak sulung lagi kan.
baru pulang bercuti dari perantauan,
time ni la mak aku dapat cuti sepenuh masa, ye dak?
tadi terlewat cuci pinggan mangkuk pun aku dah kena tanya dah.
tapi aku bagi alasan mengada :
" nanti lepas zohor ye ma, tangan pakai losyen tadi."
alasan mintak penumbuk.
haha, tapi memang betul pun aku plan cenggitu.
and dah disetelkan pun by this hour. :P
dah 2 minggu aku balik ni pun bilik ni belum dikemaskan betul2.
maklumlah, dah tinggalkan dia 6 bulan.
wajar lah kan habuk tu dah tinggi seinci.
hiperbola sungguh kau Ain. -.-"
ni pun aku amik timeout sebab penat.
konon.
truly aku memang nak curi tulang pun.
dah la Ain, gi sambung kerja kau tu!

overall, mostly ni la chores aku.

jangan nak bebel sangat la kan. hehe, takpe, tolong mama dah dapat pahala. tolong mama di bulan ramadan lagi dapat pahala. tolong mama di bulan ramadan dengan tulus ikhlas lagi lagi dapat pahala!
insyaAllah. (:

anything for you, mama. <3

Tuesday, July 24, 2012

.:: Best Girl ::.

with the name of Allah Most Compassionate Most Merciful


biasalah.
Azriatul Farahain orang yang busy.
konon 'busy' itulah yang buat aku tangguh hal2 yang tak patut ditangguhkan.
cerita ahad lepas.
tanggal 22 Julai 2012.
met my best girl.
sudah lama tidak bertentang mata membuatkan kadang-kadang lidah kelu mengukir kata.
(itupun kalau si dia perasan.)
hehe.
tujuan : belated birthday gift.
so sambil menyelam minum air.
dating sambil beli-belah.
mak aku pesan kiub ayam & bawang goreng.
mak shifaa pesan tomato & sos.
plus,
window shopping!


try-try kasut.
aku punya pattern lembu, shifaa pattern leopard.
snap-snap dalam fitting room.
aku punya pattern leopard, shifaa bintang-bintang.

we had a day. truly. but we do need a very long day to spend together. well, to put all the pieces we missed back. shazatul shifaa zulaikha ini bukan orang lain. she's a part of me. she's in me. 

and the most hated part : i bought myself a blue palazzo pants.
hate it when i spent my own money!

p/s : famous amos dah habis? (:

Friday, July 20, 2012

.:: My Story Books ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful

minat membaca tu memang dah berakar umbi dalam diri ni sejak azali lagi. so bila aku kata aku nak baca buku tu (i mean that particular book), maknanya aku nak baca jugak buku tu. tak kira la macamana pun aku nak baca time tu jugak. kalau boleh baca dari watpadd, download. kalau buku tu available in store je, aku beli. sebabnya aku rasa macam craving. 
craving for the ideas, fantasy and all.

jadi bila dapat tau je duit dah masuk,
aku terus gi Popular Book Store, Tesco.
target aku nak beli buku ni.

the fourth series from the The Secrets of The Immortal Nicholas Flamel

ni semua salah k.long (nurul safara). haha, sebab dia la aku jadi terikat dengan series ni. aku macam tak boleh berhenti. and biasanya aku take 30 minutes to read these books before sleeping. yes, more like a bedtime story for me. first of all, Michael Scott telah menarik perhatian aku dengan menggunakan watak Nicholas Flamel tu sendiri. well, watak ni ada disebut dalam buku Harry Potter and the Philosopher Stone. and aku FANATIK dengan HP okay? and of course, genre series ini yang bercorak fantasi and magic adalah memang tipe aku.

tapi nak dijadikan cerita, sesampai je aku kat Popular tadi, tak pulak aku nampak buku tu kat situ. hairan. jenuh la aku dok pusing patah balik, pusing patah balik takut terlepas pandang. haih. macamana nih, dari jauh  drive semata-mata nak beli buku tu. ayah pun macam taknak lepas aku je tadi. katanya tak mustahak. haha.
cari punya cari aku jumpa siri ke-5 kat tempat promotion. adeh. pastu aku tanya la akak cashier tu mana siri yang lain. and then dapat la jawapan yang mengecewakan.
"maaf ye dik, yang ada just siri ni je."
great. just great. punya la aku memendam rasa nak beli buku ni before balik Malaysia lagi. masa tu tak dapat beli sebab ada masalah kewangan. haha! duit mara tak masuk lagi. hee.

untuk mengubat hati yang kecewa, aku pun beli la buku ni.

 first, sebab taknak mensia-siakan minyak petrol keta tu. second sebab kalau aku balik dengan tangan kosong, nanti ayah aku gelakkan aku kaw2 punya. -.-"
and thirdly, sebab aku tengok review dari pembaca lain sangat attracting.

"I ate this book up. I could barely put it down before bed, and was also trying to sneak time in my busy morning to read some extra sentences. This was an awesome first book in a series and I'm dying to read. Amanda, please write the next one soon. I'm dying!!"-Midnight Glance Reviews


" This series has a bit of of everything - magic, myth, action, romance...ah, the romance! There is something so appealing about forbidden love, especially when it leads to a happily-ever-after. I have to say, I love the way this ended. Of course, I won't give spoilers, but the ending was perfect." - Diary of a Bibliophile

ha.. attempting kan? so let's read! hope it's true. (:








Thursday, July 19, 2012

.:: Thailand Vacation ::.

with the name of Allah Most Compassionate Most Merciful


alhamdulillah. tahun ini bakal b'ramadan penuh di rumah. alhamdulillah lagi. cuti raya kali ni dapat dua minggu. apalagi yang boleh aku happy selain pulang ke Malaysia tanahair tercinta?hehe, betul weh. sangat osem. walaupun quite different rasa dalam hati ni bila jauh dengan tangkai hati pengarang jantung. tapi takpe, sebulan lebih tak lama sangat, kan? (pandai tipu diri sendiri)

Flight AirAsia at 6.30 pm heading to Penang. 14th of July. tapi masa tu perasaan lain sikit. sebab tujuan kali ni bukan pegi manjung lagi. tujuan kali ni ialah vacation trip to Thailand!sleep one night in Kedah, then straight to Thai the next day.

Hatyai-Songkhla-Danok

such experiences! pertama kali jejak bumi Thailand sedangkan ina (adik aku umur 11 tahun) pun dah pegi 4,5 kali. jadi tujuan sebenar aku nak pegi siam ni sebab nak melepaskan kejelesan aku pada ina disamping mencuci mata melihat peradaban orang lain. cewah! so, pendek kata, aku yang tuntut dari mak ayah aku nak gi sini. kehkeh. :P

 Ice Dome, Hatyai
sumpah sejuk gila! sampai merah hidung sampai kebas tangan. patut la jack dlm titanic tu mati weh.siyes aku tak penah rasa sesejuk macam ni.cantik! semua benda dalam ni dibuat daripada ais.and ada satu part tu aku jatuh terjelepok dalam tempat tu.okey?aku sendiri pun tak ingat bila last aku jatuh.padan muka aku. pakai wedges lagi. licin kot ais tu. haha

Floating Market, Hatyai
ini la yang paling lain dari yang lain. tempat ni famous dengan segala macam jenis makanan yangg aku tak puas round. tempat dia terpelihara dengan sangat baik. best! salah satu pengalaman yang berharga. (:

 Songkhla Beach
hehe, nampak tak duyung tu? ayah aku kata, konon2nya sesape yang dapat sentuh duyung tu dapat jodoh. pastu ayah aku paksa aku g tangkap gambar sebelah duyung tu. mana la tau kan jadi ke. kahkah! pastu lunch kat bawah pokok makan sum tam. and diambush oleh seekor kera kat situ. kera tu wat huru-hara jugak lah. and then malam tu aku, mama n ayah try foot massage. haha, badan aku rasa macam dikepak-kepak oleh tukang urut tu. sakit masa tu, tapi lepas tu lega gila. boleh lagi next time. :P

 Danok
(ain, tak senonohnya kau tidur. haha, tapi sangat penat weh. sangat. tak tertahankan.)


kat danok tak berapa nak jalan sangat sebab dah jadi destinasi terakhir. yang pasti, ayam goreng kat situ sedap gila. lagipun dah dekat sangat dengan sempadan. pintu gerbang pun dah nampak.

overall, im very glad to have this vacation. although, rasa tak lengkap tanpa little brother tersayang Ee. Ee tak dapat join sebab dah start praktikal. Hope we'll come again one day. complete with all the member in the family. ada banyak lagi tempat t'miss masa tu. but most important, aku puas hati.

thank you ma, ayah. (;