Blogger Widgets

Wednesday, February 15, 2012

.:: I'm Sorry Friend, For Not Being There ::.

with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful


hai sahabat. kamu perasan tak kita makin jauh? kita pernah dekat. sangat dekat. macam bluetooth. apa yang ada dalam hati kamu sudah syncronize dengan hati saya. kamu ketawa, saya senyum. kamu menangis, saya pun menangis. erat. kita sangat erat. atau, kita pernah erat. 

hai sahabat. kamu ingat tak? kita kongsi segala-galanya. atau, kita pernah kongsi semuanya. tiada apa tentang saya yang kamu tidak tahu. tiada apa tentang kamu saya tidak tahu. we shared everything. jatuh bangun saya, ada kamu di situ. saya juga selalu cuba untuk selalu ada di sisi kamu. i really love to be your shoulder to cry on. (:

hai sahabat. kamu sedar keadaan kita sekarang? kamu dengan dunia kamu, saya dengan dunia saya. we used to live in the same world. kejam kah masa kerana mengheret kita ke alam kedewasaan? atau bumi ini yang memisahkan kita dengan jarak sebegitu? kesal. sangat kesal. maafkan saya kerana tiada saat kamu hilang punca dibelasah arus dunia. maafkan saya kerana tiada di situ memberi kamu sejambak bunga saat hari lahir kamu, atau majlis graduasi kamu. believe me, i really wanted to be there. sharing your joy & happiness.

hai sahabat. jangan putus asa pada saya kerana saya takkan pernah putus asa pada kamu. saya rindu. sangat rindu. jangan pernah kamu anggap saya lupa kamu. kerana saya tidak lupa. takkan pernah lupa. kamu pernah jadi insan yang istimewa. selamanya akan istimewa.


 sekali lagi, i'm sorry friend. for not being there. like i used to.

i hope u miss me too. (':


No comments:

Post a Comment