with the name of Allah the Most Merciful the Most Beneficent
hurm,
hari ini aura di sekeliling saya berunsur negatif.
bukan hari ni je, tapi sejak seminggu lalu lagi..
sebab?
huhu,hari isnin bakal menjelma dengan hadiah buah tangan yang sangat bagus!
macam ada sambutan meriah dengan karpet merah lagi.
seakan-akan ada suara menyambut,
"selamat hari isnin ain!"
persoalannya,
sudahkah saya bersedia dengan hari itu?
ahh, dengan persiapan yang tak seberapa.
ternyata 7 hari x 24 jam yang Sang Pencipta sediakan itu tidak cukup.
pola hidup yang tunggang terbalik!
macam orang yang hidup tanpa arah, ain.
itu tak mengapa,
saya masih ada Dia untuk saya bergantung harap.
tetapi aura negatif saya.... ):
kalaulah aura negatif itu boleh dilihat, agak-agak mati tak orang terkena panahan kuasa negatif tu?
fuhh.. mujurlah tak, tetapi jiwa tetap boleh terasa dengan kehadiran elemen negatif itu.
buat orang-orang di sekeliling saya,
maafkan saya jika saya dingin..
maafkan saya jika suara ini jarang terdengar menegur-sapa..
maakan saya jika bibir ini kurang tersenyum kepada anda..
maafkan saya jika hari-hari anda tidak ceria disebabkan saya..
sesungguhnya saya takut dengan hari isnin dan seterusnya ini..
jauh dalam sudut hati saya, mahu rasanya berteriak,
" hey ujian tengah semester!saya tak takut pada kamulah! kamu juga ujian blok, jangan angkat hidung kamu tinggi sangat!"
jadi azriatul farahain, siapkan senjata kamu. suit of armour kamu dah ready kan? jangan lupa polish pedang kamu ok? oh, jangan bawa senapang tanpa peluru.. mental kamu? fizikal kamu? jiwa kamu? hati kamu? haa, paling penting, jangan lupa bawa iman tu. jaga elok-elok macam nyawa sendiri.. dont ever lose faith ain.. (:okey, dah complete ke semua? ohh.. restu mama dan ayah.. lagi? ada lagi?
kalau dah lengkap semuanya, maka kamu sudah bersedia azriatul farahain.. kalau belum, tak mengapa, jangan susah hati.. kita usaha sama-sama ya? ehe~
duhai Pemilik diri, jiwa dan hati saya..
semoga saya semua disambut dengan hari isnin ini dengan baik!
semoga selasa, rabu, khamis dan sabtu tersenyum kepada saya..
ameen.. (:
jadi positif, ain.. (:
No comments:
Post a Comment