with the name of Allah the Most Compassionate Most Merciful
Bangun pagi.
Alhamdulillah,
diri ini masih dibenarkan untuk bernafas.
otak ligat berfikir,
rutin seharian mesti diteruskan.
tapi, pagi ini aku rasa lain.
lain.sangat lain berbanding pagi-pagi sebelumnya.
perasaan yang di dalam ini sangat berbeza.
pagi yang lebih indah.
matahari yang lebih cantik sinarnya.
betul, aku terasa itu.
lain, sangat lain.
HATI.
hati yang dulu tidak pasti sekarang jadi yakin.
fikiran yang ragu-ragu sekarang jadi satu.
mulut yang takut mengiyakan sekarang jadi berani.
aku terasa mahu menjerit kepada dunia.
serta-merta!
Tuhan,
aku telah jatuh cinta!
lega.
aku fikir doa zaman silam supaya dikeraskan hati itu kekal lama.
syukur, dia jumpa kunci tu.
kunci yang entah mana aku lempar supaya tiada siapa boleh jumpa.
ini berita gembira untuk dia.
lama. penantiannya sangat lama.
terima kasih kerana sabar menunggu.
perjalanan masih jauh.
yang di depan itu belum pasti.
DOA.
"semuanya terletak pada doa",
pesanan seorang sahabat yang aku letak tinggi dalam hati.
perjalanan masih jauh.
yang di depan itu belum pasti.
DOA.
"semuanya terletak pada doa",
pesanan seorang sahabat yang aku letak tinggi dalam hati.
p/s : org rs, org dah jth cnta kt Aslam.
(;